Friday, June 27, 2008

Pasangan Hidup


Apabila anda ingin SESEORANG sebagai pasangan dan teman hidup,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Anda mungkin akan menjauhinya...

Andai anda ingin SESEORANG sebagai pasangan dan teman hidup,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Anda akan membencinya...

Andai anda inginkan SESEORANG sebagai pasangan dan teman hidup,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia hilang ingatan,
Anda mungkin akan memfitnahnya...

Andai anda inginkan SESEORANG sebagai pasangan dan teman hidup,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Anda mungkin akan menyalahkannya...

Andai anda inginkan SESEORANG sebagai pasangan dan teman hidup,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang pasangan dan teman hidup,
Yang hanya manusia biasa...

- Moralnya -

Kelemahan... Kekurangan... Keburukan...
Kalau itu yang anda boleh terima dari seorang pasangan dan teman hidup
Tidak mustahil anda akan memperolehi keseimbangan
dalam berpasangan dan teman hidup
Kerana anda juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...




No comments: