Thursday, June 19, 2008

5 Prinsip Dalam Hidup

Seorang wanita tua - usianya menjangkau 92 tahun datang ke klinik seawal pukul 8.00 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Walaupun cacat penglihatan, dia tetap bersolek cantik dan berpakaian kemas dengan rambutnya didandan rapi. Setelah menunggu beberapa jam, wanita tua itu tersenyum manis apabila diberitahu bilik rawatannya telah siap.

"Puan, mari saya tunjukkan bilik rawatan puan," kata jururawat sambil memimpin tangan wanita tua itu menuju ke biliknya. Sambil berjalan, jururawat memberi sedikit gambaran mengenai bilik yang disediakan.

"Kami menyediakan bilik puan dengan peralatan yang lengkap bersama tirai yang digantung cantik," kata jururawat itu.

"Terima kasih... saya sukakan bilik itu. Segalanya kita yang tentukan, nak gembira atau sebaliknya. "Saya percaya, semuanya bergantung pada pemikiran kita," kata wanita itu tersenyum.

"Tapi... macam mana puan boleh katakan puan sukakan bilik itu, kita belum sampai lagi ke bilik itu?" tanya jururawat hairan.

"Fikiran saya kata begitu. Setiap pagi saya akan buat keputusan sama ada memikirkan kepayahan atau bangun dengan penuh kegembiraan, lalu saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang saya bernafas lagi," jawab wanita tua itu.

"Usia tua sama seperti akaun bank. Kita akan keluarkan apa yang telah lama kita simpan," kata wanita itu lagi, yang mengaku dia hidup sendirian selepas suaminya meninggal dunia.

Sambil tersenyum, wanita tua itu mengingatkan jururawat itu tentang lima prinsip amalannya selama ini.

* Sentiasa bebaskan hati daripada rasa benci.

* Bebaskan pemikiran daripada kebimbangan.

* Sederhana dalam hidup.

* Bersedekah tanpa mengharapkan balasan.

* Menerima dengan seadanya susunan takdir.


Apakah impianmu?

Kalau sudah tetapkan impian, berikan tumpuan dan berusaha untuk mencapainya.
Tidak kira apa yang anda mahu lakukan yang penting adalah impian.
Lakukan bersungguh-sungguh hingga impian itu tercapai.
Wang boleh dicari, tetapi ia tidak akan kekal.
Tetapi, kawan yang sebenar-benarnya akan abadi sehingga ke akhir hayat.


Moralnya :

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

No comments: