Wednesday, August 6, 2008

Mengapa berteriak? Hati tidak berjarak

Pada suatu pagi yang hening, seorang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:

“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan berkata dengan suara yang kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir semasaknya lalu mengangkat tangan dan menjawab: “Kerana waktu itu dia telah hilang sabar, kerana itu dia berteriak.”

"Tapi…" Sang guru bertanya semula: " Lawannya itu berada tidak jauh dari situ, hanya di sebelahnya sahaja. Mengapa dia harus berteriak? Adakah dia tidak dapat berkata dengan lembut?”

Hampir semua murid memberikan alasan yang pada pendapat mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.

Guru tersebut berkata: “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mendekatkan jarak antara mereka, mereka harus berteriak.

Anehnya, semakin mereka marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.” Guru itu menjelaskan dengan lebih lanjut:

“Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan sahaja tidak berteriak, namun ketika berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus manapun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?” Guru itu bertanya sambil memandang anak muridnya.

Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangun untuk memberikan jawapan. “ Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.” Guru itu meneruskan kata:

“Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda.”

Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, seringkali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Kesimpulan


People Will Forget What You Said
People Will Forget What You Did
But People Will Never Forget How You Made Them Feel...